Basuh rumpai laut,
ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali.
Rendam rumpai laut yang telah dibasuh semalaman (rendam 5-8jam).
Basuh rumpai laut lagi,
ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
Nisbah air, 100gram rumpai laut = 2.5 liter air kosong
Masak dengan api yang perlahan selama 30 minit.
Kacau sehingga hancur
Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais.
Kolagen ni tahan lama sebab ianya anti bakteria.
Perhatian:
Utk mengurangkan rasa
hanyir rumpai laut, rendam rumpai laut dgn daun pandan atau asam keping
atau letak sehelai daun pandan semasa memasak rumpai laut.
5. BOLEH disapu di lengan, bahu, tengkuk, atau tumit kaki yg pecah. Boleh juga di campur dlm air mandian.Amalkan 2-3 kali sehari.
Sambal rumpai laut
1.
1/2 biji
kelapa parut
2.
Bawang
merah dihiris
3.
Bawang
putih dihiris
4.
Lada
hitam ditumbuk
5.
Ikan
kembong.Dibakar dan diambil isinya.
6.
Serai
dihiris
7.
Garam
dan gula
8.
Rumpai
laut yg telah direndam dan potong halus
9.
Gaulkan
ke semua bahan2 di atas, siap.
Kerabu rumpai laut
1.
Mangga
muda, potong halus
2.
Bawang
besar dihiris
3.
Tomato
dihiris
4.
Limau
nipis
5.
Cili padi
6.
Garam,
gula dan sos ikan
7.
Rumpai
laut yg telah direndam dan potong halus
8.
Gaulkan
ke semua bahan2 di atas, kemudian perah asam limau dan siap.
CONTOH PENGAMBILAN
1.KOLAGEN SIAP MASAK - Ambil 2-3
sudu kolagen yg disimpan dlm peti ais dan campurkan dlm minuman kegemaran anda.
2.MASAKAN - Sediakan rumpai laut
yang telah dibersihkan , campurkan dalam masakan sup.
3.MINUMAN - Sediakan rumpai laut yang telah
dibersihkan, telah direndam dan dipotong halus. campurkan dalam apa jua jenis
perisa kesukaan seperti air buah, abc, cendol dll.
*Rumpai laut
boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. amalkan memakan
rumpai laut mentah setiap hari untuk hasil terbaik

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.